Putus hubungan cara elok........
RASA serba salah, kecewa malah takut si dia sukar mengawal perasaan, memang biasa apabila mahu memutuskan perhubungan.Mereka yang hendak memutuskan percintaan seharusnya berani berdepan dengan hakikat setiap yang bermula bakal berakhir. Segala kenangan indah yang pernah dicipta bersama mungkin bakal luput di ingatan apatah lagi perpisahan sering meninggalkan kesan mendalam di jiwa. Bagi yang ingin memutuskan, dia mempunyai 1,001 macam alasan. Mungkin dia sudah ada yang lain manakala pasangannya pula tidak menepati kriteria setelah dia menemui yang baru. Kita tidak mampu menolak takdir jika hubungan tidak mampu diselamatkan. Namun, jika benar hubungan sudah menemui jalan buntu hingga terpaksa memutuskan hubungan, petua berikut mungkin mampu memberi ilham untuk menangani keadaan dengan baik.
Meskipun anda memiliki orang ketiga, jangan nyatakan ia sebagai alasan sebenar kerana ia memang sangat menyakitkan hatinya.
Emosi harus dikawal pada pertemuan terakhir itu kerana menjerit atau berlawan kata-kata dengan keras tidak akan menyelesaikan keputusan yang bakal diambil itu. Sebaiknya hiburkan hatinya kerana dia mungkin akan menangis ketika mendengar kata-kata anda. Sekiranya berbicara dengan lembut dari hati ke hati, tanpa emosi membuak-buak, lambat-laun dia akan memahami. Berbicara pada alasan yang logik dan gunakan bahasa yang menenangkan seperti, "Saya harap awak mengerti keadaan diri saya saat ini. Saya yakin awak akan bertemu seseorang yang lebih baik daripada saya."
Misalnya, "Terima kasih kerana sepanjang dua tahun kita bersama. Saya minta maaf kalau ada kekurangan diri yang tidak menyenangkan awak" atau "Saya sudah menganggap awak seperti adik sendiri, jadi kalau ada masalah, jangan segan hubungi saya."
l lioke!! tp nak putus ngn sape ek....hahahaha
ReplyDeleteahaha....suka naaa ;)
ReplyDeleteni just panduan tuk di kongsi bersama.....
gunalah cara yg betul ok....ehehe
tamau tipu tipu....kalo tipu lama lama dpt tawu jgk kan..